Portal berita terbaik anda

Politik

Abdul Hadi dilantik Duta Khas PM ke Timur Tengah bertaraf menteri

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Pelantikan tersebut diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ahli Parlimen Marang itu merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al=Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengarah di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.-SM

Loading...

Leave a Reply