‘Abang, pakailah baju kelawar…’

0
235

Mengidam selalunya dikaitkan dengan wanita yang sedang mengandung.

Macam-macam permintaan yang perlu ditunaikan oleh si suami jika tidak mereka akan merajuk.

Nanti kempunan pula anak di dalam perut tu…

Namun, berlainan pula dengan kes seorang lelaki ini apabila isterinya meminta dia memakai baju kelawar. Kedengaran seperti lucu, tapi…

“Saya tak tahu nak luahkan pada siapa, lagipun malulah nak cerita pada orang.

Begini, isteri saya sekarang mengandung empat bulan. Isteri saya suka meminta yang pelik-pelik. Kalau bab makanan, saya tak kisah dan memang saya selalu menunaikan apa yang dia idamkan.

Yang saya tidak boleh tunaikan ialah, dia meminta saya memakai baju kelawarnya. Saya terkedu bila dia suruh saya pakai pakaian itu.

Katanya, kalau dia melihat saya memakai baju kelawar itu, hati dia akan menjadi tenang dan ceria 100%. Baby dalam perut pun suka.

“Abang, pakailah baju kelawar ayang tu. Kalau abang pakai, hati ayang jadi senang dan ceria. Baby pun suka tau,” kata isteri.

Sekali dua, saya boleh ikutkan permintaan dia sebab tak mahu dia merajuk. Tambahan, kalau dia merajuk, memang payah sangat nak pujuk.
Ini tidak, hampir setiap hari dia suruh saya pakai baju kelawar itu.

Buatnya keluarga kami datang secara tiba-tiba ke, atau kawan-kawan/jiran datang ke rumah, tak ke naya diorang tengok saya berpakaian seperti itu?

Memang pembawakan budak begitu ke? Biasanya permintaan pelik ibu mengandung ini sampai bila? Takkan nak kena tunggu lagi 5 bulan kot?!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here