Portal berita terbaik anda

Utama

‘Abang balik lah..adik, family semua tunggu kat sini…’

‘Abang balik lah..adik, family dan kawan-kawan semua tunggu abang kat sini.’ Begitulah luahan adik kepada Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang dikhuatiri lemas selepas cuba menyelamatkan empat sekeluarga di muara Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan Kuala Terengganu, malam tadi.

Adik kepada Abdul Bari Asyraf yang hanya dikenali sebagai Aries Gurlz itu memuat naik luahan tersebut di Facebook miliknya selepas mengetahui tragedi yang menimpa abangnya.

Aries Gurlz memohon supaya orang ramai mendoakan abangnya agar ditemui walau dalam keadaan apa sekalipun.

“Ya Allah aku mohon kau selamatkanlah abangku walau dalam apa jua keadaaan..Sama-sama doakan keselamatan dan abang selamat..Aamiin,” katanya.

Sementara itu, rakan-rakan menyifatkan Abdul Bari Asyraf sebagai seorang yang ramah dan suka bergurau selain suka menolong orang yang berada dalam kesusahan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam tadi, Abdul Bari Asyraf dikatakan sedang memancing bersama rakannya sebelum dikejutkan dengan insiden kereta pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki lima bersaudara itu menggelungsur sebelum terjunam ke dalam sungai berkenaan.

Difahamkan, Abdul Bari Asyraf adalah individu pertama yang terjun ke dalam sungai terbabit untuk membantu menyelamatkan semua mangsa.

Selain Abdul Bari Asyraf, terdapat lima lagi orang awam yang berada di lokasi kejadian turut membantu menyelamatkan semua mangsa.

Lima mangsa dalam kenderaan berkenaan, Suryati Rusly, 37; Nordiana Alwani Jaafar, 33; Asmaa Rusly, 23; Syafawani Jaafar, 11; dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin berusia tiga tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Loading...

Leave a Reply