Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

‘Abam kuat cari rezeki bantu mak dan adik-beradik’ – Ustaz Ebit Lew kongsi kisah arwah Abam

HARI ini kita semua dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Moktar Al-Juffrey atau lebih mesra dikenali sebagai Abam Bocey.

Pemergian mengejut Allahyarham dijemput Illahi pada pagi Isnin ini yang dikatakan akibat demam panas benar-benar menyentuh perasaan semua ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut berkongsi pengalaman beliau menemubual Allahyarham dalam satu rancangan temubual tidak lama dulu.

“Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan.

“Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya,” tulis Ustaz Ebit Lew di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya. . Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu. Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah. . Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan anaknya yang comel sangat serta seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Tulis Ustaz Ebit, dia turut bertanya Abam tentang rahsia rezekinya yang sentiasa melimpah ruah.

“Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu.

“Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah.

“Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya,” tulis Ustaz Ebit lagi.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén