Portal berita terbaik anda

Hiburan

Makin ‘slim’, penampilan terbaru Abam Bocey jadi inspirasi mereka yang mahu kurus

Kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Abam Bocey di media sosial, sudah pasti mengetahui aktiviti yang dilakukan pelawak itu sejak beberapa bulan ini.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, kini sedang menjalani latihan insentif untuk menguruskan badan dan sering berkongsi aktiviti yang dilakukannya selain menu-menu diet yang diamalkan.

Terbaru, pelakon filem Hantu Bungkus Ikat Tepi ini memuat naik gambar saiz badannya yang sudah mula menunjukan perubahan pada penampilan barunya selepas beberapa bulan menjalani diet.

Mungkin yang selalu bersama dengan Abam mengatakan perubahan tersebut tidak nampak tetapi kalau yang jarang mengikuti perkembangan Abam, pasti dapat melihat perbezaan badannya yang dulu dan sekarang.

Abam dah kecik!

Berikutan itu, ramai pengikutnya telah membanjiri ruangan komen dengan memuji usahanya selama ini, sudah pun terbayar apabila menunjukan perubahan saiz badan yang sangat drastik!

Motivasi untuk saya…

Loading...

Leave a Reply