Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

73 anggota kesihatan KKM disahkan positif Covid-19

PUTRAJAYA – Seramai 73 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) telah dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.

“Daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan bagi 47 kes (64.4 peratus) adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang juga dihadiri oleh mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh,” katanya.

Menurutnya, lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif Covid-19.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén