Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

700 ahli Pemuda PH bantu kempen PRK Rantau

SEREMBAN: Seramai 700 anggota pemuda Pakatan Harapan (PH) akan membantu jentera pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini.

Timbalan Ketua Pemuda PH, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kesemua anggota berkenaan ditugaskan mendekati seberapa ramai pengundi muda di kawasan yang sudah dikenal pasti.

“Ini adalah bagi meningkatkan peratus sokongan golongan muda kepada calon kita, (Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau) Dr S. Streram,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pemuda PH di sini, malam ini.

Turut hadir, seorang lagi Timbalan Ketua Pemuda PH, Howard Lee Chuan How, yang juga Ketua DAPSY Kebangsaan, Setiausaha Armada Nasional, Radzuan Shafi dan Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Zaki Sabri. – BERNAMA

1 Comment

  1. Betulkah dia cakap tu

Leave a Reply

Theme by Anders Norén