Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

6 tahun jadi ibu tunggal, wanita ini bangga besarkan anak seorang diri

Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan rumah tangga masing-masing berkekalan hingga ke akhir hayat.

Namun, tidak semua pasangan mampu mengecap kebahagian selama-lamanya. Ada kalanya perkahwinan yang dibina berakhir dengan penceraian.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Elia telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisahnya bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak lelaki seorang diri.

Meskipun terpaksa memegang status janda di usia yang cukup muda, Elia tetap positif dan redha menerima takdir Ilahi.

Menurut wanita yang berasal dari Johor ini, dia menerima pelbagai tanggapan buruk daripada masyarakat dan orang sekeliling ketika di awal penceraiannya enam tahun lalu.

Bukan itu sahaja, bekas suaminya juga bersikap acuh tidak acuh dalam memberikan nafkah buat anaknya, Naufal.

Bagaimanapun, Elia terus cekal dengan memberikan sepenuh kasih sayang buat anak tunggalnya tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Sementara itu, status yang dimuat naik Elia itu telah meraih lebih 2 ribu retweets dan 8 ribu tanda suka.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsiannya turut memberikan ucapan tahniah selain berbangga dengan semangat dan ketabahan yang ditunjukkannya.

Mereka juga memuji transformasi yang dilakukan Elia yang nampak lebih jelita berbanding dahulu.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén