Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

6 maut dalam kebakaran rumah kedai

IPOH: Enam maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang, dekat sini, sebentar tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 tengah hari.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati kira-kira 40 peratus premis berkenaan sedang terbakar.

“Terdapat enam mangsa yang telah disahkan meninggal oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan).

“Operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya.

Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Khamis Harun.

Difahamkan, Timbalan Pengarah JBPM negeri, Sayani Saidon, turut berada di lokasi.

Loading...

Leave a Reply