5 pendakwah milenial yang kacak dan berilmu

0
329

Di zaman serba moden ini, rupa paras serta personaliti menarik menjadi salah satu faktor untuk lebih mudah didekati. Bukan sahaja golongan selebriti, tetapi pendakwah juga dilihat makin hari semakin segak bergaya.

Wajah yang tampan, tutur bicara yang tertib, serta personaliti menawan antara daya tarikan untuk menarik minat orang ramai khususnya anak muda untuk lebih mudah didekati.

Berikut senarai 5 pendakwah milenial yang bukan sahaja kacak bergaya tetapi juga berilmu.

1. Ustaz Don Daniyal (34 Tahun)

Nama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid mula meniti di bibir rakyat Malaysia apabila beliau mengendalikan rancangan 30 Minit Ustaz Don di TV Al Hijrah. Anak kelahiran Pulau Mutiara ini merupakan lulusan Universiti Al Azhar Kaherah Mesir. Wajahnya yang tampan serta personaliti yang menarik lantas ‘menangkap’ minat anak muda untuk lebih mendekati agama. Gayanya juga bukan seperti tipikal pendakwah. Sering berpakaian moden seperti belia lain antara sebab mengapa Ustaz Don sangat disenangi ramai.

2. Imam Muda Asyraf (34 Tahun)

Program realiti pencarian Imam Muda telah membuka pintu rezeki buat bekas guru ini untuk menyerlah sebagai pendakwah alaf baru. Muda, kacak dan berilmu, kemenangan Imam Muda Asyraf lantas menjadi perhatian rakyat Malaysia. Graduan Ijazah Sarjana Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Desa Petaling Kuala Lumpur. Kini wajah Imam Muda Asyraf sering tampil di kaca televisyen sebagai penceramah ataupun sebagai pengacara.

3. PU Riz (23 Tahun)

Bekas peserta program realiti Pencetus Ummah ini lantas menjadi bualan dek wajahnya yang tampan. Baru sahaja berusia 23 tahun, PU Riz kini bukan sahaja bergiat di dalam liga dakwah namun dia turut mempertaruhkan bakatnya dalam bidang lakonan.

4. Da’i Wan Dazrin (25 Tahun)

Memiliki wajah yang tampan serta aktif di media sosial merupakan salah satu sebab kenapa Da’i Wan Dazrin begitu popular. Pernah tular gara-gara surat terbukanya kepada pelakon Uqasha Senrose serta yang terbaru teguran buat Faiz Roslan.

5. Fatih Seferagic (24 Tahun)

Kelunakan serta kemerduan suaranya mengalunkan ayat-ayat suci Al- Quran telah memukau seluruh dunia. Fatih Seferagic jejaka kelahiran Bosnia ini membesar di bumi Amerika Syarikat. Wajahnya yang tampan persis pelakon Hollywood beserta suaranya yang sangat merdu lantas menjadikan jejaka ini popular di seluruh dunia. Kemampuannya untuk menghafal Al-Quran juga sering dikagumi. Kini fatih giat pergi ken negara-negara Islam termasuklah Malaysia dan Indonesia untuk berkongsi kisahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here