45 artis, model Indonesia diburu kes bayaran seks RM29,000, foto bogel dirakam di KL

126
Vanessa Angel

SURABAYA — Pasukan polis dari Jawa Timur kini telah mengenal pasti 43 lagi artis dan model yang didakwa terlibat dalam aktiviti persundalan atas talian.

Tindakan tersebut dibuat selepas mengambil keterangan artis Vanessa Angel, 27, dan model Avriellia Shaqqila, 24, semalam selepas mereka ditangkap di sini pada Sabtu.

Ketua polis daerah Jawa Tengah berkata artis dan model itu “bernaung” bawah ibu ayam asal Jakarta Selatan, Endang S dan Tantri N, lapor portal Tempo.

“Nama-namanya sudah kami pegang, foto [mereka juga] ada. Tarifnya, transaksinya sesuai tingkat kepopularannya pun ada semua,” kata Luki Hermawan hari ini.

“Dari Rp100 juta (RM29,208), Rp75 juta (RM21,906), Rp50 juta (RM14,585), dan yang termurah Rp25 juta (RM7,292).”

Avriellia Shaqqila

Luki berkata operasi langganan seks itu bermula sejak 2017, dengan Endang mensasarkan artis dan Tantri pula menghimpit model remaja majalah lelaki dewasa Popular dan FHM.

Beliau berkata bayaran pendahuluan 30 peratus dikenakan kepada pelanggan dari dalam dan luar republik itu, malah polis juga menjejak jaringan ibu ayam tersebut.

Vanessa dan Avriellya bagaimanapun dianggap sebagai mangsa skandal tersebut dan dibebaskan selepas 24 jam ditahan.

“Ertinya ada 43 lagi yang akan kami siasat,” kata Luki lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, lapor Detikcom pula, Vanessa mengakui foto wanita bogel yang tersebar di kumpulan media sosial WhatsApp sebagai dirinya.

Peguamnya Muhammad Zakir Rasyid bagaimanapun menjelaskan foto lama itu dirakam sewaktu artis itu sedang mandi dengan seorang individu di suatu lokasi di Kuala Lumpur.

Wanita itu, kata peguamnya lagi, tidak sedar foto tersebut dirakam oleh individu tersebut, yang tidak dinamakan. Artis itu merancang membuat aduan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here