40 Ahli Parlimen UMNO bakal sertai PPBM – Kadir Jasin

0
74

JOHOR BAHRU – Kira-kira 40 Ahli Parlimen daripada UMNO dikatakan akan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ).

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk A. Kadir Jasin berkata, mereka sudah pun beberapa kali berjumpa Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi parti secara berkumpulan atau perseorangan membincangkan perkara itu.

“Posisi dan jawatan mereka dalam UMNO yang berpotensi menyertai PPBM bukanlah sama seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memegang kedudukan penting dalam parti dan kerajaan.

“Ahli Parlimen UMNO tersebut masih berfikir lagi, apa akan berlaku selepas itu (selepas sertai PPBM). Ini kerana ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah untuk siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perwakilan PPBM Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya, Skudai, di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun Kadir berkata, tiada jaminan untuk mereka tidak disiasat setelah menyertai PPBM dan siasatan akan tetap dilakukan sekiranya terlibat dengan sebarang salah laku. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here