Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

4 tahun cuba hamilkan isteri, rupanya suami tersilap ‘pintu’

PASANGAN suami isteri yang berusaha untuk mendapat anak selama empat tahun diberitahu bahawa mereka selama ini melakukan kesilapan semasa hubungan seks.

Suami yang tidak dinamakan berusia 26 tahun dan isterinya, 24, dari bandar Bijie di China, terpaksa berjumpa doktor awal tahun ini untuk memeriksa jika mereka mempunyai masalah untuk proses hamil.

Tetapi apabila mereka bertemu pakar obstetrik, Dr Liu Hongmei, mereka mendapat tahu satu perkara mengejutkan.

Ketika ditanya tentang latar belakang perubatan si isteri dalam pertemuan itu, Dr Hongmei diberitahu bahawa pasangan itu kerap melakukan hubungan seks.

Isterinya juga mendedahkan pengalaman kesakitannya yang ‘luar biasa’ setiap kali mengadakan hubungan seks, tetapi sanggup menahannya dengan harapan untuk hamil.

Berdasarkan ceritanya, doktor percaya bahawa dia mungkin mempunyai sejenis penyakit ginekologi.

Tetapi selepas pemeriksaan dilakukan, si isteri didapati masih lagi dara.

Doktor kemudian memeriksa dubur wanita itu dan percaya telah mengenal pasti punca kepada masalahnya.

Pasangan itu dikatakan melakukan kesilapan dengan melakukan seks anal selama empat tahun, mengakibatkan kegagalan untuk hamil.

“Pasangan itu sangat muda, yang lelaki 26 tahun dan wanita 24 tahun. Mereka sangat sihat, tetapi walaupun telah berkahwin selama empat tahun tidak dapat mengandung.

“Disebabkan itu keluarga mereka memberikan banyak tekanan,” kata doktor itu.

Dr Hongmei dilaporkan menyerahkan buku panduan seks dan ‘garis panduan’ sebelum dibenar pulang ke rumah.

Nasihat itu nyata berfungsi, apabila wanita itu dikhabarkan hamil beberapa bulan kemudian.

Mereka dilaporkan memaklumkan kepada doktor itu yang kini telah bersara bahawa mereka akhirnya berjaya dengan menghantar 100 biji telur ayam dan seekor ayam hidup sebagai hadiah kepada hospital tempatnya bekerja dulu.

“Empat tahun berkahwin tapi suami atau isteri tidak tahu bagaimana untuk hamil. Pasangan yang kurang pengetahuan tentang pengetahuan umum sangat jarang berlaku.

“Tetapi sangat jarang sekali orang ramai kurang pengetahuan atau salah faham tentang hubungan seksual.” -MetroUK

2 Comments

  1. Mi

    Allahuakbar,patut lh mcm2 prkra brlku d Ngra Indon ni walau rkyt NY ramai tpi mnda mcm ni d prjuagkn utk mminta pergaulan bebas hidup tanpa bernikah mintak sempang lah prkra2 sbgini d Ngra M’sia ini sblm ALLAH SWT mnurun kn bala keatas rkyt d Ngra M’sia ini , Allahhuakhbar.😳😲🤲

    • Capt. Roslan

      Ini berlaku di negara China. Tentang permasalahan di Indon yg pasti nya kantor agama Indonesia tak akan meluluskan prrmintaan itu. Kita di Malayasia pun sedang giat membanteras LBGT. Semoga di jauhkan golongan bebas dan dua alam ini berada dlm negara kita semua.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén