Portal berita terbaik anda

Hiburan

4 hari bertarung nyawa, Aulia Irdina pergi jua tinggalkan babah dan mummy

SELEPAS empat hari dilahirkan, anak sulung penyanyi kelahiran 3 Juara iaitu Azizul Haqim meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru, Isnin lalu.

Bayi perempuan yang diberi nama Aulia Irdina itu terkena jangkitan kuman selepas beberapa jam dilahirkan pada Khamis lalu.

“Al-Fatihah buat anak syurga mummy dan abah yang cantik ni. Adik sentiasa hidup dalam hati mummy dan abah.

“Terima kasih Allah atas pinjaman berharga ini kepada kami berdua walaupun cuma untuk empat hari sahaja… abah puas dapat mandi dan kafankan adik. Adik wangi sangat. Senyum saja masa dimandi dan dikafankan.

“Aulia Irdina Azizul Haqim nama adik… adik lahir cantik, sihat, sempurna sebagai seorang srikandi Islam. Allah uji mummy dan abah bila doktor maklumkan adik ada jangkitan kuman di paru-paru beberapa jam selepas adik lahir,” katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Tambah Azizul, anaknya itu ditempatkan di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) selama empat hari sebelum disahkan meninggal dunia.

“Adik hebat dan kuat sangat, bertarung nyawa beberapa hari di NICU… sampai takdir Allah kata adik akan hidup di taman syurgaNya terlebih dahulu.

“Sungguh mummy dan abah rindu. Tapi mummy dan abah selalu reda dan tak sabar untuk jumpa adik dekat syurga nanti.

“Terima kasih sebab ajar mummy dan abah erti kuat, sabar, tabah, reda dan erti sebenar bersyukur,” tulisnya.

Loading...

Leave a Reply