Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

4 hari berkuasa, Pakatan Harapan tukar moto Muafakat Johor

JOHOR BAHRU – Tiada lagi moto ‘Muafakat Johor’ digunakan di negeri itu sebaliknya ditukar kepada ‘Harapan Johor’.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, moto ‘Muafakat Johor’ yang digunakan kerajaan negeri sebelum ini akan ditukar bagi mengikut acuan dan cara kepemimpinan baharu pentadbiran negeri.

“Muafakat Johor akan ditukar kepada Harapan Johor dan ‘Team Johor’ juga tidak diguna pakai sebaliknya pentadbiran baru ini dikenali Pakatan Harapan Johor,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan.

Bagaimanapun, Osman berkata, kepemimpinannya masih menghormati istilah Bangsa Johor yang wujud sejak dulu lagi.

“Apa salahnya dengan istilah Bangsa Johor. Semua yang lahir di Johor, kita adalah Bangsa Johor. Lagu negeri ini juga bertajuk Lagu Bangsa Johor,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén