Portal berita terbaik anda

Utama

30,000 pekerja hilang mata pencarian jika ekonomi terus merosot

JUMLAH pekerja yang kehilangan punca pendapatan dijangka meningkat kepada 30,000 orang pada tahun ini berbanding 20,000 orang yang dilaporkan pada setiap tahun ini jika keadaan ekonomi negara terus merudum, kata kumpulan pekerja.

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) berkata anggaran itu adalah hasil ramalan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang menjangka pertambahan jumlah rakyat yang kehilangan kerja ekoran kos perniagaan yang semakin meningkat.

“Secara anggarannya, 20,000 orang kehilangan kerja pada setiap tahun, tetapi jika ekonomi terus merosot, jumlah itu akan melebihi 30,000 orang,” kata Presiden FMM Soh Thian Lai.

Katanya kepada The Malaysian Insight, daripada sudut perniagaan, langkah pengurangan jumlah pekerja itu diambil bagi melaksanakan penstrukturan dan memotong kos untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan kewangan bisnes.

Katanya tempoh dua suku pertama 2019 merupakan waktu getir yang perlu ditempuh memandang jumlah permintaan dijangka merosot ketika kos semakin meningkat.

Sementara itu Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Halim Mansor berkata kebiasaannya sesebuah syarikat meletakkan strategi mereka dan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun ini, selepas Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun katanya beliau masih belum melihat tindakan sedemikian dibuat dan berkemungkinan syarikat-syarikat tidak pasti hala tuju mereka.

“Biasanya pada masa ini, syarikat akan meningkatkan tahap produktiviti mengikut ketetapan KPI.

“Mungkin syarikat-syarikat terbabit mempertimbangkan langkah untuk membuang staf jika mereka gagal mencapai KPI yang ditetapkan,” kata Abdul Halim.

Dengan kadar perolehan yang biasanya tinggi selepas Tahun Baru Cina, senario itu sedikit berbeza tahun ini kerana ramai pekerja yang mengambil langkah berhati-hati untuk berhenti kerja mereka dan bekerja di tempat baharu ekoran pasaran pekerjaan yang kurang memuaskan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Pengurus Jobstreet.com Malaysia, Gan Bock Herm berkata berdasarkan Laporan Carian Kerja 2019 JobStreet.com, pihaknya menjangkan akvitiviti pengambilan pekerja yang aktif dalam tempoh enam bulan pertama 2019, terutamanya pada suku pertama.

“Oleh itu, pencari kerja harus meningkatkan aktiviti mencari pekerjaan mereka dalam tempoh ini jika mereka berhasrat untuk menukar pekerjaan.

“Bagaimanapun, penting bagi mereka untuk dilengkapi dengan kemahiran yang tepat untuk memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh majikan untuk memacu perniagaan mereka.

“Mereka perlu secara proaktif meningkatkan kemahiran dan mengekalkan keupayaan diri untuk memastikan mereka kekal relevan dan berkemampuan dalam pasaran hari ini, terutama pada waktu yang mencabar.

“Memandangkan kita tidak mempunyai data jumlah pekerja yang meletak jawatan, kita melihat perkembangan positif dari tahun ke tahun mengenai permohonan kerja berdasarkan pangkalan data kami.

“Ini menunjukkan pencari kerja masih aktif mencari peluang di pasaran. Bagaimanapun kita tidak boleh mengulas situasi ini selepas Tahun Baru Cina”, kata Gan.

Sumber: The Malaysian Insight

Loading...

Leave a Reply