Portal berita terbaik anda

Politik

3 Ahli Parlimen PAN akan sertai Bersatu?

KUALA LUMPUR – Tiga Ahli Parlimen PAN dijangka akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat, bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor Suara TV.

Menurut sumber dalaman, tiga ahli parlimen tersebut ialah bekas Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub (Pulai), Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), dan Dr. Hasan Baharom (Tampin).

“Ada tiga orang semuanya. Pulai, Hulu Langat dan Tampin.

“Bila, kita tidak tahu tapi tak lama(lagi) akan pi(menyertai). Kita tunggu la.

“Depa(mereka) kuatkan lagi kerajaan,” katanya ringkas kepada SuaraTv.

Beliau ketika ditanya berkenaan orang yang bertanggung jawab menarik ketiga-tiga ahli parlimen itu menyertai Perikan Nasional, bagaimanapun enggan memaklumkan secara jelas.

“Hang(kamu) tahu siapa, semua orang tahu dan kenal,” katanya.

SuaraTV sudah menghubungi ketiga-tiga ahli parlimen tersebut melalui aplikasi Whatsapp.

Walau bagaimanapun, masih belum mendapat sebarang maklum balas meskipun hantaran mesej pengesahan pada aplikasi tersebut menunjukkan ianya sudah diterima dan dibaca.

Loading...

Leave a Reply