222 pesakit Covid-19 sembuh hari ini, lebih tinggi dari kes baharu

SERAMAI 222 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini setakat jam 5 petang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan discaj daripada wad adalah sebanyak 1,830 kes atau 42.11% daripada jumlah kes keseluruhan.

Ini juga merupaka hari ketiga berturut-turut kes pulih melebihi kes baharu.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!

Loading...

Leave a Reply