Portal berita terbaik anda

Utama

22 kampung di Terengganu diramal akan dilanda banjir esok

KUALA LUMPUR: Penduduk beberapa kampung di Lembangan Sungai Terengganu diminta bersiap siaga untuk menghadapi banjir yang dijangka melanda pada Ahad, 16 Disember ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa banjir dijangka bermula jam 12 tengah hari melibatkan kampung-kampung di sepanjang Sungai Berang dan Sungai Telemong.

Sebanyak 13 kampung di sepanjang Sungai Berang yang dijangka dilanda banjir dan antaranya ialah Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Paya Besar, Kampung Batu 24, Kampung Menerong, Kampung Pelata dan Kampung Kua.

Sementara itu, di sepanjang Sungai Telemong pula, sembilan kampung tersenarai dalam lokasi yang dijangka akan banjir.

Antaranya ialah Kampung Teris, Kampung Tok Lawit, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, Kampung Kepah dan Kampung Nibong.

Loading...

Leave a Reply