2,000 ahli UMNO Kalabakan keluar parti sertai Warisan

0
177

Kira-kira 2,000 anggota Umno di kawasan Parlimen Kalabakan, hari ini sebulat hati mengumumkan keluar parti bagi menyertai Parti Warisan Sabah.

Tindakan tersebut diketuai tujuh Anggota Jawatankuasa Bahagian Umno Kalabakan yang baru dilantik pada pemilihan mesyuarat bahagian lalu, termasuk Pengerusi Tetap Umno kawasan iaitu Mohd Nazri Durahman.

Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata perkara itu membuktikan rakyat mahukan angin perubahan kepimpinan selain memastikan kebajikan penduduk terbela.

“Saya yakin lebih ramai lagi anggota Umno membabitkan anggota jawatankuasa dan di cawangan akan keluar parti untuk menyertai Warisan dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada pemberita dalam majlis pemimpin bersama rakyat di Tawau, hari ini.

Abdul Muis berkata keputusan tersebut dibuat tanpa paksaan, imbuhan atau sebarang janji sebaliknya secara sukarela.

“Saya percaya keputusan ini juga diambil selepas mengambil pandangan anggota cawangan , penduduk setempat termasuk pengundi di kawasan parlimen,” katanya.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here