Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

2 tahun bercinta, Zara Zya dan Hafreez Adam bertunang

Pelakon Zara Zya selamat melangsungkan pertunangan dengan aktor Hafreez Adam dalam sebuah majlis tertutup hari ini.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram usahawan kosmetik terkenal, Alha Alfa.

“Tahniah. Yeay makeup done for my lovely @zarazya happynya tak lama dah!

“Penyakit berjangkit lepas I. You pulak okey I happy gila-gila.

“Selamat bertunang Zara! I doakan cepat-cepat ke jinjang pelamin,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Alha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Terdahulu, keluarga Hafreez datang merisik pada 8 September lalu.

Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén