Portal berita terbaik anda

Utama

1,500 kakitangan Media Prima bakal hilang kerja?

SERAMAI 1,500 kakitangan Kumpulan Media Prima bakal diberhentikan kerja, demikian menurut bekas wartawan Khaidir Ahmad.

Khaidir dalam nada kecewa berkata, jumlah itu termasuk 300 kakitangan TV3 yang antaranya merupakan bekas anak buahnya di syarikat berkenaan.

“Yang sedihnya, sasaran utama adalah kakitangan bawahan yang profesional dan setia kepada majikan.

“Sedangkan pegawai atasan yang bersubahat ‘merosakkan’ TV3 pada zaman kleptokrasi masih ‘berbulan madu’ dengan gaji yang lumayan,” katanya menerusi Facebook miliknya hari ini.

Khaidir berkata, TV3 perlu kembali ke landasan yang betul dan tidak hanya menjadi kuda tunggangan sesetengah ahli politik.

Katanya, untuk kembali seperti zaman kegemilangannya sebagai saluran TV swasta pertama negara, TV3 seharusnya membawa kelainan dalam menerbitkan berita-berita eksklusif yang menambat hati rakyat.

“Kelainan inilah yang perlu dikembalikan jika TV3 mahu terus berdaya saing dalam era ledakan teknologi maklumat kerana berita yang ‘biasa-biasa’ terutama berita politik bole hdibaca oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa menerusia media sosial atau Internet.

“Berita TV3 perlu ada kandungan eksklusif yang akan ditunggu-tunggu oleh penonton setiap kali ia ke udara seperti pada era kegemilangannya dulu,” katanya.

Khaidir berkata, pihak pengurusan TV3 perlu dibebaskan sepenuhnya daripada budaya politik kleptokrat manakala kakitangan editorialnya perlu berubah dari budaya ‘menunggu berita di talian’ kepada budaya ‘mencari berita eksklusif’ di lapangan.

Sementara itu, menurut sumber dalam TV3 mengesahkan beberapa bahagian telah dimaklumkan mengenai perkhabaran itu.

“Perkara ini berlaku kerana pihak atas mengatakan Media Prima mengalami masalah kewangan dan tidak mampu menampung jumlah kakitangan yang ramai.

“Jadi, jumlah bilangan 1,500 itu bukan rumors, ia bakal berlaku.

“Allahuakbar, TV3 yang gemilang dulu tak pernah sangka akan jadi seperti ini. Semoga nasib kami semua terbela,” kata sumber.

Loading...

Leave a Reply