Portal berita terbaik anda

Politik

15 lagi Ahli Parlimen UMNO dijangka keluar parti?

Tular di media sosial, senarai nama beberapa Ahli Parlimen UMNO yang berpotensi untuk meninggalkan parti dalam masa yang terdekat ini.

Senarai itu tersebar menerusi beberapa group Whatsapp selepas beberapa jam Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar parti, semalam.

Manakala, sebentar tadi bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengikut langkah Mustapa untuk keluar UMNO sekaligus meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Kimanis berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, kesahihan senarai tersebut masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

Sejak PRU14 yang lalu, lima orang Ahli Parlimen UMNO membuat keputusan untuk keluar parti termasuk Mustapa dan Anifah.

Ini menjadikan jumlah ahli parlimen Umno di Dewan Rakyat hanya tinggal 49 orang, dan di belakang PKR yang mempunyai 50 wakil rakyat serta menjadi parti terbesar di Parlimen.

Loading...

Leave a Reply