10 fakta kenapa khinzir haram menurut Islam

AL-QURAN dengan tegas menyatakan bahawa daging babi haram. Bahkan, pengharaman babi disebutkan sebanyak empat kali iaitu di dalam Surat Al Baqarah ayat 173, Surat Al Maidah ayat 3, surat Al An’am ayat 145 dan surat An Nahl ayat 115.

Mengapa babi diharamkan? Ini kerana Allah telah mengharamkannya. Sebab dan rahsianya hanya Allah sahaja yang tahu.

Namun, ada 10 fakta yang membuat kita mengambil hikmah tentang haramnya babi. 10 fakta kenapa babi haram dalam Islam.

1. Dalam daging babi terdapat cacing pita

Memakan daging babi berisiko terkena jangkitan cacing pita (sistiserkosis). Ini kerana, di dalam daging babi terdapat benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia yang boleh berpindah ke tubuh manusia yang memakannya.

2. Kantung urine babi sering bocor

Prof. A.V. Nalbandov pernah menyebutkan bahawa kantung air kencing (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga mengakibatkan air kencingnya ke dalam daging.

3. Babi tidak memiliki leher

Secara fisiologi, babi tidak boleh disembelih. Ini kerana, ia tidak mempunyai leher sedangkan di dalam Islam, disyariatkan penyembelihan binatang pada lehernya.

4. Babi haiwan yang paling rakus

Babi melahap makanan apa pun yang ada di depannya. Ia merupakan haiwan paling rakus di dunia. Bahkan jika makanannya telah habis, ia memuntahkan makanan dalam perutnya dan memakannya kembali demi memuaskan kerakusannya.

5. Babi haiwan paling pengotor

Jika di depan babi ada sampah, ia akan makan sampah tersebut. Bahkan babi juga melahap kotoran. Hingga kotorannya sendiri pun dilahapnya.

6. Babi menampung banyak penyakit berjangkit

Selain mengandungi cacing pita (Taenia solium), babi juga mengandungi cacing spiral (Trichinella spiralis), cacing tambang (Ancylostoma duodenale), cacing paru (Paragonimus pulmonaris), hingga bakteri kolera (Salmonella choleraesuis) dan virus kudis (Scabies).

7. DNA babi mirip manusia

Satu kajian menemukan bahawa DNA babi paling mirip dengan manusia. Memakan babi dapat dengan mudah menularkan perilaku buruk babi kepada manusia.

Selain rakus, perilaku babi yang pernah diperhatikan ialah, ia tidak mempunyai sifat cemburu. Sebagai contoh, apabila dua ekor babi jantan dan seekor babi betina dimasukkan kandang, dua babi jantan itu bukan sahaja tidak berebut antara satu sama lain, malah saling membantu untuk berasmara dengan babi betina.

8. Daging babi sukar dicerna sistem penghadaman manusia

Meskipun empuk, ternyata daging babi payah dicerna oleh penghadaman manusia. Ini kerana daging babi mengandung lemak berbahaya.

9. Babi merupakan pembawa virus selsema babi

Di dalam tubuh babi, virus Avian influenza (AI) yang pada mulanya tidak berbahaya akan bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang boleh membawa kematian terhadap manusia.

10. Daging babi penyebab utama kanser anus dan kolon

Potensi penderita kanser anus dan kolon meningkat secara drastik di negara-negara yang penduduknya memakan babi, terutama di Eropah, Amerika, Cina dan India. Sedangkan di negara-negara Muslim, pontensinya sangat rendah.

Demikian 10 fakta kenapa babi diharamkan dalam Islam. Semoga perkongsian ini menguatkan keislaman kita dan senantiasa berusaha mentaati aturan-Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *