Portal berita terbaik anda

Viral

‘1 Malaysia kena kencing’ – Netizen dedah hal sebenar sungai jernih di Pulau Pinang

PASTI ramai yang teruja apabila baru-baru ini tular di media sosial sekeping gambar sungai yang jernih dengan ratusan ikan koi dipercayai di Pulau Pinang.

Sudah tentu ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat tersebut untuk mengambil gambar dan melihat sendiri kejernihan air sungai tersebut.

Sebut sahaja sungai jernih bersama ikan koi, sudah tentu ramai yang menyangkakan ianya di negara Jepun, tetapi di Malaysia pun sudah ada.

Bagaimanapun, seorang netizen mendedahkan perkara sebenar disebalik kejernihan sungai tersebut. Menurut netizen itu, ‘sungai jernih’ itu sebenarnya adalah sebuah kolam dan sungai tersembunyi di bawah laluan pejalan kaki.

Ternyata, air sungai yang sebenar bukan sahaja kotor malah berbau busuk dan meloyakan, tidak seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Apa pun usaha kerajaan Pulau Pinang seharusnya dipuji kerana mungkin dari situ timbul kesedaran orang ramai betapa pentingnya menjaga alam sekitar lebih-lebih lagi untuk menjaga keindahan sungai kita yang semakin kritikal.

Loading...

Leave a Reply